PRN Johor: Onn Hafiz tiba di Istana Bukit Serene, dijangka angkat sumpah MB Johor

JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi tiba di Istana Bukit Serene di sini, bagi menghadiri Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Besar Johor.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor dilihat menaiki kenderaan rasmi dan tiba pada jam 3.40 petang.
Onn Hafiz dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Terdahulu, beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: 55 calon hilang wang deposit
[RASMI] Keputusan penuh 56 kerusi PRN Johor ke-16
BN menang besar 48 kerusi DUN Johor - SPR
[RASMI] PRN Johor: SPR umum BN menang besar 48 kerusi DUN Johor
[RASMI] PRN Johor: Maszlee menang DUN Puteri Wangsa
SPR teliti isu muat naik kertas undi sudah dipangkah di media sosial
Anwar ucap tahniah kepada BN, janji Kerajaan Persekutuan terus bantu Johor
[RASMI] PRN Johor: Pas hilang kubu terakhir
PRN Johor: Kekalahan PN sudah dijangka, pengerusi perlu bertanggungjawab letak jawatan
Turut bersama dalam pertemuan itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Semalam, BN meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 dengan memperoleh 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dipertandingkan.
Manakala, lapan lagi kerusi DUN berpihak kepada Pakatan Harapan (PH).
Onn Hafiz meraih 20,382 undi mengetepikan pencabarnya, Nur Hafiz Roslan dari PH dengan majoriti 15,375 sekali gus mengekalkan kerusi DUN Machap.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

