Agong terima menghadap Ahmad Zahid, Onn Hafiz selepas kemenangan besar BN Johor

 Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Ahmad Zahid dan Onn Hafiz di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada Ahad.
Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Ahmad Zahid dan Onn Hafiz di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Istana Pasir Pelangi pada Ahad.

Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu turut dihadiri Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pertemuan berkenaan berlangsung sehari selepas BN mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 apabila memperoleh 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Kemenangan itu menyaksikan BN berjaya mengekalkan penguasaan di Johor selepas memenangi 40 kerusi pada PRN Johor 2022, sekali gus memperkukuhkan kedudukan parti berkenaan dalam pentadbiran negeri.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!