[TIDAK RASMI] PRN Johor: Kiraan semasa Maszlee mendahului undi di DUN Puteri Wangsa

JOHOR BAHRU - Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Calon Pakatan Harapan, Dr Maszlee Malik Maszlee memperoleh 677 undi (49.1 peratus) sementara calon Barisan Nasional (BN-MCA), Teow Chia Ling yang mendapat 583 undi (42.3 peratus) setakat jam 7.15 petang
Calon Muda, Rashifa Aljunied pula menerima 71 undi (5.2 peratus), diikuti calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), Nicholas Paul Vincent dengan 41 undi (3.0 peratus) manakala calon Bebas, Wang Wee Siong memperoleh enam undi (0.4 peratus).
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan bahawa proses kiraan pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 hanya akan bermula pada jam 5.00 petang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
