PRN Johor: Sorakan 'Maju Johor, Kita Menang' gamatkan kem BN

Sorakan 'Maju Johor' dan 'Kita Menang' menggamatkan Bilik Gerakan Utama BN di Jalan Yahya Awal, Johor Bahru.
Sorakan 'Maju Johor' dan 'Kita Menang' menggamatkan Bilik Gerakan Utama BN di Jalan Yahya Awal, Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sorakan 'Maju Johor' dan 'Kita Menang' menggamatkan Bilik Gerakan Utama Barisan Nasional (BN) di Jalan Yahya Awal, Johor Bahru.

Teriakan itu mengiringi pengumuman yang dibuat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang membacakan keputusan terkini kedudukan kerusi-kerusi yang didahului BN ketika ini.

Teriakan lebih bergema apabila Asyraf Wajdi memaklumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendahului dengan selesa di DUN Machap.

Sorakan 'Maju Johor' dan 'Kita Menang' menggamatkan Bilik Gerakan Utama BN di Jalan Yahya Awal, Johor Bahru.
Sorakan 'Maju Johor' dan 'Kita Menang' menggamatkan Bilik Gerakan Utama BN di Jalan Yahya Awal, Johor Bahru.

Penyokong Barisan Nasional (BN) dan pengamal media mula berkumpul di bangunan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor sejak jam 1 petang bagi mengikuti perkembangan terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Antara pemimpin BN yang sudah tiba ialah Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Kadir dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!