X

Kindly register in order to view this article
!

Tak pakai 'mask', keluar dari bas

Polis terpaksa tarik keluar penumpang yang degil tidak memakai topeng muka ketika menaiki bas. -Foto ABC
A
A

PHILADELPHIA - Perkhidmatan pengangkutan bas transit di Philadelphia kini mengubah dasarnya apabila mengenakan syarat kepada penumpang harus memakai topeng muka.

Menerusi laporan ABC, pihak berkuasa Pengangkutan Southeastern Pennsylvania atau SEPTA, mengeluarkan polisi itu bagi mencegah penyebaran wabak koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun masih terdapat beberapa penumpang ingkar arahan itu.

Rakaman video dimuat naik di Twitter ABC menunjukkan anggota polis terpaksa menarik seorang penumpang lelaki keluar dari komuter gara-gara tidak memakai topeng muka pada Jumaat lalu.

Rakaman berdurasi 1 minit 19 saat itu juga menunjukkan lelaki itu marah dan memaki anggota polis, bagaimanapun dia dilepaskan.

Terdahulu, pemandu bas telah meminta penumpang itu turun dari bas kerana tidak memakai topeng muka.

"Namun dia enggan keluar. Jadi berdasarkan aduan daripada pemandu bas, polis ke lokasi bagi mengatasi masalah berkenaan.

"Lelaki itu tetap berdegil tak mahu keluar dari bas dan akhirnya kami terpaksa menariknya keluar," kata pegawai polis.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!