MetMalaysia keluar nasihat Taufan Bavi

MetMalaysia keluar nasihat Taufan Bavi.
MetMalaysia keluar nasihat Taufan Bavi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat berkaitan Taufan Bavi yang dikesan berada pada kira-kira 1,896 kilometer (km) di timur laut Sandakan, Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan taufan itu kini berada pada kedudukan kira-kira 1,151 km di tenggara Taipei, Taiwan.

Berdasarkan pencerapan pada 8 pagi, taufan itu bergerak ke arah barat barat laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/j) dan berpotensi mencapai kelajuan maksimum 185 km/j.

Bagaimanapun, MetMalaysia memaklumkan taufan itu tidak memberi kesan signifikan terhadap Malaysia. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!