Kerajaan henti serta-merta perolehan peralatan pertahanan baharu dari Norway - Fahmi

Fahmi
Fahmi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengambil keputusan untuk menghentikan serta-merta sebarang perolehan peralatan atau kelengkapan pertahanan baharu dari Norway, kata jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu setelah meneliti isu terkini tindakan negara itu dalam membatalkan lesen eksport peluru berpandu yang sepatutnya dilengkapkan pada kapal Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar hubungi PM Norway, suarakan bantahan Malaysia terhadap pembatalan lesen peluru berpandu

Pembatalan NSM: Malaysia berhak tuntut pampasan daripada Norway - Mohamed Khaled

Pembatalan lesen NSM: Norway diminta jadi orang tengah selesai tuntutan

"Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Kementerian Pertahanan menghentikan serta-merta sebarang perolehan peralatan atau kelengkapan pertahanan baharu dari Norway,” katanya dalam kenyataan pada Rabu. 

Sebelum ini, kerajaan Norway dilaporkan membatalkan lesen eksport Naval Strike Missile (NSM) untuk Kapal Tempur Pesisir (LCS) kepada Malaysia atas alasan melindungi kepentingan keselamatan negara berkenaan.

Susulan itu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) menghantar notis tuntutan bernilai kira-kira RM1 bilion kepada syarikat pertahanan terbabit berikutan pembatalan kontrak perolehan NSM.

MINDEF turut mengenal pasti empat negara yang berpotensi membekalkan sistem peluru berpand antikapal bagi projek LCS susulan pembatalan itu. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!