Mahkamah India kekalkan hukuman mati 38 pesalah letupan bom 2008

NEW DELHI - Mahkamah Tinggi di negeri Gujarat, barat India pada Selasa mengekalkan hukuman mati terhadap 38 individu yang disabitkan kesalahan berhubung letupan bom pada 2008 yang mengorbankan lebih 50 orang dan mencederakan hampir 200 yang lain, lapor Xinhua.
Mahkamah itu turut mengekalkan hukuman penjara seumur hidup terhadap 11 individu lain.
Sebanyak 21 letupan bom berlaku di 20 lokasi di bandar Ahmedabad pada 26 Julai 2008 dalam tempoh 70 minit.
Polis kemudian menamakan lebih 100 individu sebagai suspek.
Bagaimanapun, mahkamah khas mensabitkan 49 individu, manakala selebihnya dibebaskan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
