KWSP lanjutkan tarikh bayaran caruman wajib April

KWSP
KWSP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh membuat bayaran caruman wajib untuk bulan ini dari 15 April kepada 24 April.

Menerusi satu kenyataan hari ini, KWSP berkata, keputusan itu diambil susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesan terhadap perniagaan di negara ini.

“KWSP telah melanjutkan tarikh membuat bayaran caruman wajib KWSP untuk gaji bulan Mac (caruman April 2020) dari 15 April kepada 24 April 2020.

“Majikan boleh membuat bayaran caruman tersebut melalui laman sesawang KWSP iaitu eCaruman dalam portal i-Akaun (majikan), perbankan internet ataupun di kaunter bank yang dilantik,” katanya.

Artikel Berkaitan: