Amaran ribut petir di enam negeri, Labuan - MetMalaysia

Enam negeri dan Labuan dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 12 tengah hari ini. Gambar hiasan
Enam negeri dan Labuan dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 12 tengah hari ini. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri dan Labuan hingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu diramalkan berlaku di Perak melibatkan Bagan Datuk dan Hilir Perak, Selangor (Sabak Bernama dan Kuala Selangor), dan Negeri Sembilan (Port Dickson).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Melaka, dan Sarawak membabitkan Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit) serta Bintulu.

Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Tawau dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!