Kutipan sampah Hulu Selangor cecah 300 tan sehari

Ramli (empat dari kanan) bersama-sama Yang Dipertua MPHS, Julaihah Jamaludin (dari tepi kiri) semasa simbolik Majlis Penyerahan Lori Kompaktor dan Imej Baru KDEBWM, pada Isnin
Ramli (empat dari kanan) bersama-sama Yang Dipertua MPHS, Julaihah Jamaludin (dari tepi kiri) semasa simbolik Majlis Penyerahan Lori Kompaktor dan Imej Baru KDEBWM, pada Isnin
A
A
A

KUALA KUBU BHARU - Jumlah kutipan sampah di Hulu Selangor meningkat hampir dua kali ganda sehingga mencecah 300 tan sehari susulan pertumbuhan pesat pembangunan dan pertambahan penduduk di daerah itu.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, jumlah kutipan sampah di daerah itu hanya kira-kira 100 hingga 150 tan sehari pada tujuh tahun lalu.

Menurutnya, bagi menampung peningkatan jumlah sisa pepejal itu, KDEBWM menyerahkan 34 aset baharu membabitkan 27 lori kompaktor 19 tan, sebuah lori mini kompaktor 7.5 tan, sebuah lori RORO 7.5 tan serta lima kenderaan tiga roda untuk digunakan di seluruh kawasan operasi Hulu Selangor.

"Penyerahan aset bernilai hampir RM14 juta ini adalah sebahagian daripada persediaan KDEBWM memulakan kontrak tujuh tahun kedua bersama MPHS.

"Jika dicampurkan dengan pelaburan RM10 juta bagi 45 lori RORO yang diserahkan pada September tahun lalu, jumlah keseluruhan pelaburan KDEBWM di Hulu Selangor kini mencecah RM24 juta," katanya pada Majlis Penyerahan Lori Kompaktor dan Imej Baru KDEBWM Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) di sini pada Isnin.

Ramli berkata, pihaknya turut menambah pegawai dan membuat beberapa penambahbaikan dalam skop perkhidmatan bagi memastikan standard kebersihan di Hulu Selangor terus dipertingkatkan sepanjang tempoh kontrak baharu berkenaan.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di daerah itu selepas memulakan kontrak tujuh tahun kedua bersama Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

"Kita sudah menamatkan kontrak pertama pada 30 Jun lalu dan kini memulakan kontrak tujuh tahun baharu.

"Kita akan bekerjasama lebih erat dengan MPHS bagi memastikan standard kebersihan di Hulu Selangor lebih baik berbanding sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga menambah pegawai di Hulu Selangor serta melakukan beberapa penambahbaikan dalam skop perkhidmatan yang dipersetujui bersama pihak majlis," jelas beliau.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!