Pemilik akaun Facebook persoal tugas polis mohon maaf

Pemilik akaun terbabit memuat naik status permohonan maaf berikutan tekanan dihadapi semasa perlaksanaan PKP.
Pemilik akaun terbabit memuat naik status permohonan maaf berikutan tekanan dihadapi semasa perlaksanaan PKP.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis mengesahkan seorang pemilik akaun Facebook yang memuat naik status mempersoal penugasan anggota keselamatan ketika sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Tanjong Karang sudah meminta maaf semalam.

Polis Kuala Selangor menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, pemilik akaun terbabit mengakui status di muat naik pada jam 12 tengah hari itu di sebuah Facebook disebabkan tekanan dihadapi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kenyataan itu memberitahu, sehingga jam 6 petang semalam mendapati status yang dimuat naik itu menerima 155 emoji dan 197 komen.

"Rata-rata komen membantah dan tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan dilihat sebagai satu bentuk provokasi kepada pihak polis dalam mengendalikan PKP ini," katanya.

Kenyataan itu menegaskan, polis sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketika penguatkuasaan PKP.

"Keseluruhan masyarakat khususnya di Tanjong Karang masih menghormati dan memandang tinggi kepada pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus memastikan kesejahteraan dan kesihatan rakyat terus terpelihara," kata kenyataan itu.

Sebelum ini tular seorang pemilik akaun Facebook mempersoalkan tugas polis yang hanya mengangkat tangan dan melepaskan individu yang membawa lebih penumpang ketika sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Tanjong Karang.

Bagaimanapun, pemilik akaun Facebook terbabit kemudian memohon maaf berikutan status yang dimuat naiknya sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya mohon maaf jika terkasar bahasa. Terkesan dengan PKP ini," katanya.