Rakyat Johor perlu wakil rakyat cerdik, berani - Anwar

Anwar. Foto Bernama
Anwar. Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor memerlukan pimpinan dan wakil rakyat yang bijak menilai keutamaan, berani membuat keputusan serta benar-benar memahami denyut nadi rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, gabungan itu akan terus membawa suara rakyat, mempertahankan kepentingan negeri dan memacu Johor menjadi lebih maju serta hebat untuk semua.

"Johor Ke Depan. Undi HARAPAN,” kata Anwar menerusi klip video di Facebook rasmi beliau bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Perdana Menteri turut menyeru jentera PH supaya bekerja keras, bagi memastikan kemenangan calon-calon parti itu pada PRN kali ini.

"Kita nak pilih wakil rakyat dan pimpinan yang mewakili kepentingan rakyat di Johor, rakyat Malaysia, Melayu, Cina, India work together, build this nation, angkat negeri ini menjadi hebat,” katanya.

Anwar memulakan kempen hari pertama PH di Johor dengan menghadiri tujuh program di beberapa kawasan, bagi menyantuni rakyat serta memberi sokongan kepada calon-calon gabungan tersebut.

Program berkenaan meliputi sesi pertemuan bersama dengan rakyat, ceramah, ramah mesra dan program bersama dengan komuniti setempat, sebagai usaha memperkukuh sokongan pengundi terhadap PH menjelang hari pengundian.

Pada PRN kali ini, PH meletakkan calon di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkumi 20 calon PKR, 19 calon Amanah dan 17 calon DAP.

Secara keseluruhan, PRN Johor menyaksikan sebanyak 172 calon bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Artikel Berkaitan:

Hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai, manakala 7 Julai sebagai tarikah pengundian awal. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!