Gaji RM60,000 setahun jadi 'beruang'

Sebuah zoo di China menarik perhatian ramai selepas menawarkan gaji tahunan sebanyak 100,000 yuan (kira-kira RM60,000) kepada individu yang sanggup bekerja dengan memakai kostum beruang hitam. Foto AFP
Sebuah zoo di China menarik perhatian ramai selepas menawarkan gaji tahunan sebanyak 100,000 yuan (kira-kira RM60,000) kepada individu yang sanggup bekerja dengan memakai kostum beruang hitam. Foto AFP
A
A
A

BEIJING – Sebuah zoo di China menarik perhatian ramai selepas menawarkan gaji tahunan sebanyak 100,000 yuan (kira-kira RM60,000) kepada individu yang sanggup bekerja dengan memakai kostum beruang hitam.

Menurut laporan VnExpress yang memetik Jiupai News, tawaran kerja unik itu dibuka oleh Zoo Hidupan Liar Luohe di wilayah Henan bagi mencari individu berusia 18 tahun ke atas untuk berinteraksi dengan pengunjung.

Pihak pengurusan zoo memaklumkan kostum yang disediakan diperbuat daripada bahan lembut, namun tidak menjelaskan sama ada ia dilengkapi sistem pengudaraan atau kipas bagi memberi keselesaan kepada pekerja.

Berdasarkan skop tugas, individu yang berjaya perlu bekerja selama enam jam sehari dengan kemudahan cuti empat hari setiap bulan.

Antara syarat utama pekerjaan itu ialah pekerja dilarang bercakap ketika bertugas dan hanya dibenarkan berkomunikasi melalui bunyi seperti dengkuran, kecuali dalam situasi kecemasan.

Menurut South China Morning Post, pekerja turut perlu bersedia menerima makanan atau minuman yang diberikan oleh pengunjung zoo. – AGENSI

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!