[VIDEO] 'Sempoi budak ni tapi suara sedap'

Kemerduan suara budak lelaki yang dimuat naik di Twitter Daniel Abdullah tular di laman sosial.
Kemerduan suara budak lelaki yang dimuat naik di Twitter Daniel Abdullah tular di laman sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Alunan suara kanak-kanak lelaki berselawat dan berqasidah secara santai bagi mengisi masa terluang dipercayai ketika Perintah Kawalan Pergerakan menarik perhatian netizen.

Menerusi perkongsian pelayar Twitter dikenali Daniel Abdullah, dia turut memuji kemerduan suara budak lelaki yang tidak gementar dan bersahaja itu.

"Sempoi budak ni, tapi sedap suara. Yang menariknya, tetap ada kawan yang setia menemani." katanya.

Sedutan video alunan zikir berdurasi 2 minit 20 saat sehingga jam 3.30 petang itu mendapat lebih 169,000 tontonan.

Sebaik sahaja netizen mendengar alunan tersebut, rata-ratanya terkedu dan tersentuh hati tatkala mendengar kelunakan suaranya.

Kata @eeeqa, "Budak-budak umur macam ni suara memang sedap eh, semoga besar jadi orang baik-baik ya dik."

Ujar @cheyang, "Tenang aje dengar suara dia." termasuk @im berkata, "Baru je dengar tadi di Instagram, serius cakap, tenang aje bila dengar."

Tambah @paksu, "Semoga adik jadi anak soleh dan jadi contoh terbaik untuk sekeliling."

Artikel Berkaitan:

Sempoi budak ni, tapi sedap suara.

Yang menariknya, tetap ada kawan yang setia menemani. pic.twitter.com/DVDHrzZwwj

— Daniel Abdullah (@danielalmarbawi) April 10, 2020