Geng RT6: Ahli perniagaan pula didakwa di mahkamah

Seorang ahli perniagaan didakwa atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai 'Geng RT6' sejak 7 tahun lalu. - Gambar hiasan
Seorang ahli perniagaan didakwa atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai 'Geng RT6' sejak 7 tahun lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai 'Geng RT6' sejak tujuh tahun lalu.

S Ashok Kumar, 50, mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Muhammad Ilmami Ahmad.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu termasuk di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menjadi ahli kumpulan itu di Sentul di sini, antara 14 Januari 2020 hingga 27 April lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yazid Mustaqim Roslan dan Lokman Kasim sementara tertuduh diwakili peguam, Revin Kumar.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 3 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pada 25 Mei lalu, seramai 11 lelaki dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan serupa.

Mereka ialah A Raja Ratanam, K Sunthreson, C Vijaya Kumar, N Nadarajah, T Raman, R Vijayan, M Kumaaran, N Harichandran, S Maran, Suwaran Singh Minder Singh dan Mohammad Atif Khan Mohammad Ali Khan yang berusia 22 hingga 48 tahun.

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!