Harga minyak dunia dijangka kekal tinggi dalam masa terdekat

MOSCOW - Harga minyak global dijangka kekal tinggi dalam masa terdekat, menurut Bank Pusat Rusia pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Kebanyakan peserta bersetuju bahawa harga minyak berkemungkinan kekal tinggi dalam masa terdekat dan akan menurun secara beransur-ansur," menurut Bank Pusat itu dalam ringkasan perbincangan mengenai kadar utama.
Ringkasan itu menyatakan bahawa pengurangan rizab sepanjang tempoh konflik mungkin melambatkan peralihan pasaran minyak kepada lebihan bekalan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
