KKM, KESUMA bincang buka pusat rehabilitasi PERKESO kepada pesakit awam
KKM, KESUMA bincang buka pusat rehabilitasi PERKESO kepada pesakit awam
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang memperincikan langkah segera bagi membolehkan pesakit awam, termasuk kanak-kanak yang mengalami Palsi Serebrum (CP) mendapatkan rawatan di pusat rehabilitasi bertaraf dunia milik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi kerjasama rentas kementerian bagi mengoptimumkan penggunaan kemudahan rehabilitasi sedia ada, sekali gus mengurangkan kesesakan serta menangani kekurangan kepakaran di pusat rehabilitasi KKM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785673/berita/nasional/kkm-kesuma-bincang-buka-pusat-rehabilitasi-perkeso-kepada-pesakit-awam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #KKM #KESUMA #PERKESO #pusatrehabilitasi
