X

Kindly register in order to view this article
!

PKP: Jangan naikkan harga barang

Anggota KPDNHEP Kuala Lumpur menjalankan pemeriksaan ke atas premis perniagaan barangan keperluan di sekitar ibu negara.
A
A

KUALA LUMPUR - Peniaga diingatkan agar mematuhi undang-undang dan tidak mengambil kesempatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, Azeem Nazuri berkata, sejak PKP dilaksanakan bermula 18 Mac lalu, sebanyak 881 premis diperiksa di seluruh ibu negara bagi memastikan bekalan mencukupi.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan terus dipertingkatkan di pelbagai peringkat iaitu pemborong, pasar raya serta peruncit termasuklah kedai biasa dan pasar basah.

"Peniaga diingatkan untuk patuh kepada undang-undang khususnya melibatkan tanda harga dan tidak mengambil kesempatan mencatut.

"Pemeriksaan di pasar basah di pasar harian Selayang semalam telah merekodkan tiga kesalahan kerana gagal mempamerkan tanda harga bagi barangan yang dijual. Peniaga tersebut dikenakan kompaun serta merta RM400," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Anggota KPDNHEP Kuala Lumpur menjalankan pemeriksaan ke atas premis perniagaan barangan keperluan
Anggota KPDNHEP Kuala Lumpur menjalankan pemeriksaan ke atas premis perniagaan barangan keperluan

Azeem berkata, peniaga yang menjual barangan keperluan diingatkan untuk tidak mengambil kesempatan sepanjang tempoh PKP ini berkuat kuasa dan sepatutnya mereka bersyukur kerana masih dibenarkan untuk terus menjalankan perniagaan.

Katanya, peniaga wajib mematuhi undang-undang termasuklah mempamerkan tanda harga dan tidak mengambil keuntungan secara tidak munasabah.

"Penalti tinggi akan dikenakan sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang tersebut. Pemantauan juga mendapati bekalan topeng muka dan hand sanitizer semakin mudah didapati di pasaran berbanding sebelum ini," katanya.

Katanya, sebarang aduan boleh disalurkan kepada kementerian ini melalui portal [email protected],

call centre 1800 886 800, e-mel [email protected], aplikasi telefon pintar Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) Putrajaya 03-8882 6245/6088 atau WhatsApp ke 019- 279 4317.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!