Glasier Switzerland mencair drastik

GENEVA – Glasier di Switzerland dijangka kehilangan jumlah ais yang besar susulan gelombang haba melampau yang sedang melanda Eropah, menurut pakar pemantauan glasier negara itu.
Ketua Rangkaian Pemantauan Glasier Switzerland (GLAMOS), Matthias Huss berkata, lapisan salji dan ais yang terkumpul pada musim sejuk lalu dijangka mencair sepenuhnya menjelang Isnin, sekali gus mencatatkan antara tarikh paling awal dalam rekod fenomena dikenali sebagai 'hari kehilangan glasier'.
Selepas tempoh itu, sebarang pencairan sehingga Oktober akan terus mengecilkan saiz glasier di pergunungan Alps.
Menurut data sejak tahun 2000, hanya tahun 2022 mencatatkan kejadian lebih awal iaitu pada 26 Jun.
Huss menyifatkan situasi tahun ini sebagai luar biasa, dengan kadar pencairan ais dan salji yang sangat tinggi direkodkan di seluruh Alps susulan suhu panas berpanjangan. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

