Musim pendakian Everest paling sibuk

Dianggarkan seramai 275 pendaki berjaya sampai ke puncak setinggi 8,849 meter itu pada 21 Mei lalu yang menyaksikan hari paling sibuk dalam sejarah pendakian dari sebelah selatan.
Dianggarkan seramai 275 pendaki berjaya sampai ke puncak setinggi 8,849 meter itu pada 21 Mei lalu yang menyaksikan hari paling sibuk dalam sejarah pendakian dari sebelah selatan.
A
A
A

KATHMANDU – Lebih daripada 1,000 pendaki berjaya menawan puncak Gunung Everest pada tahun ini, sekali gus menandakan musim pendakian paling sibuk dalam sejarah.

Cuaca yang stabil sepanjang tempoh itu menjadi faktor utama peningkatan ketara kejayaan pendakian ke puncak Everest.

"Angka sebenar bagaimanapun masih perlu disahkan berdasarkan bukti gambar dan kenyataan daripada syarikat ekspedisi serta malim gunung," ujar pegawai dari Jabatan Pelancongan Nepal, Himal Gautam.

Menurut Pangkalan Data Himalaya, rekod tertinggi pendakian Everest sebelum ini dicatatkan pada 2019 apabila kira-kira 877 pendaki dilaporkan berjaya sampai ke puncak.

Pada kali ini, sekurang-kurangnya lima kematian melibatkan dua warga India dan tiga pendaki rakyat tempatan direkodkan.

Seorang lagi malim gunung hilang jejak ketika turun dari puncak.

Nepal mengeluarkan 494 permit pendakian Everest kepada warga asing pada musim ini.
Nepal mengeluarkan 494 permit pendakian Everest kepada warga asing pada musim ini.

Gunung tertinggi di dunia itu yang terletak di sempadan Nepal dan China boleh didaki melalui Kathmandu atau laluan utara di Tibet. Namun, Beijing menutup laluannya pada tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Nepal mengeluarkan 494 permit pendakian Everest kepada warga asing pada musim ini dengan sebuah 'bandar khemah' didirikan di kaki gunung bagi menempatkan pendaki dan kakitangan sokongan.

Dianggarkan seramai 275 pendaki berjaya sampai ke puncak setinggi 8,849 meter itu pada 21 Mei lalu yang menyaksikan hari paling sibuk dalam sejarah pendakian dari sebelah selatan.

Ketika itu, laluan pendakian sesak dengan kumpulan pendaki yang beratur panjang di kawasan bersalji berhampiran puncak sambil menunggu giliran untuk meneruskan misi menawan puncak Everest.

Rekod tertinggi pendakian Everest sebelum ini dicatatkan pada 2019 apabila kira-kira 877 pendaki dilaporkan berjaya sampai ke puncak.
Rekod tertinggi pendakian Everest sebelum ini dicatatkan pada 2019 apabila kira-kira 877 pendaki dilaporkan berjaya sampai ke puncak.

Pada awalnya, timbul kebimbangan ekspedisi tersebut mungkin berdepan kesukaran selepas sebuah bongkah besar ais glasier menghalang laluan. Namun, pendaki Nepal berjaya membuka laluan alternatif.

“Ia adalah permulaan yang mencabar dan kami khuatir tentang apa yang akan berlaku kepada kumpulan pendaki jika laluan terhalang.

"Namun, kerjasama semua pihak berjaya mengatasi cabaran tersebut seterusnya menyumbang kepada kejayaan musim pendakian kali ini dengan kadar kematian yang rendah," kata Lakpa Sherpa dari 8K Expeditions yang membawa 80 pendaki dan pemandu ke puncak Everest.

Kumpulan malim gunung turut menyatakan peningkatan kecekapan logistik dan kemajuan teknologi termasuk kemudahan akses internet di kawasan gunung telah membantu meningkatkan tahap keselamatan ekspedisi tersebut.

Laluan pendakian sesak dengan kumpulan pendaki yang beratur panjang di kawasan bersalji berhampiran puncak sambil menunggu giliran untuk meneruskan misi menawan puncak Everest.
Laluan pendakian sesak dengan kumpulan pendaki yang beratur panjang di kawasan bersalji berhampiran puncak sambil menunggu giliran untuk meneruskan misi menawan puncak Everest.

Musim pendakian kali ini juga menyaksikan beberapa rekod baharu tercipta, antaranya oleh Kami Rita Sherpa yang berjaya menawan puncak Everest buat kali ke-32, sekali gus memperbaharui rekod dunia bagi jumlah pendakian terbanyak.

Nepal yang menjadi lokasi kepada lapan daripada 10 puncak tertinggi di dunia terus menjadi destinasi utama para pendaki dan pengembara dari seluruh dunia setiap kali tibanya musim bunga.

Ledakan populariti aktiviti pendakian gunung telah menjadikan sektor tersebut sebagai satu perniagaan yang menguntungkan sejak Edmund Hillary dan Tenzing Norgay mencipta rekod pertama menakluki puncak Everest pada 1953. - AFP

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!