100 hari pentadbiran Anutin

Prestasi pentadbiran Anutin Charnvirakul menerima penilaian bercampur daripada penganalisis.
Prestasi pentadbiran Anutin Charnvirakul menerima penilaian bercampur daripada penganalisis.
A
A
A

BANGKOK – Seratus hari selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Thailand ke-32 pada 20 Mac lalu susulan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU), prestasi pentadbiran Anutin Charnvirakul menerima penilaian bercampur daripada penganalisis.

Mereka berpendapat, Anutin berjaya mengekalkan kestabilan politik dan mengurus krisis tenaga yang tercetus akibat konflik di Asia Barat.

Namun kerajaannya masih belum menangani masalah asas ekonomi negara seperti pertumbuhan yang perlahan, hutang isi rumah yang tinggi serta populasi yang semakin menua.

Calon Doktor Falsafah (PhD) Sains Politik di Universiti Michigan, Mathis Lohatepanont berpandangan, kerajaan Anutin berjaya mengawal keadaan.

"Saya fikir kerajaan berjaya mengharungi gelombang awal krisis dan mengelakkan ketidakstabilan yang lebih besar," katanya kepada The Straits Times.

Pada 27 Jun ini, Anutin yang berusia 59 tahun genap 100 hari memegang jawatan selepas memperoleh mandat baharu menerusi PRU Februari 2026.-Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!