Doktor berbangsa India puji sikap jemaah tabligh

Perkongsian Lavennia Gayatri d Facebook miliknya.
Perkongsian Lavennia Gayatri d Facebook miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Sejak kebelakangan ini, kisah kluster tabligh banyak diperkatakan selepas pendedahan dibuat oleh beberapa kakitangan mengenai sahsiah terpuji mereka sepanjang dikuarantin di hospital.

Semalam, pendedahan seorang doktor berbangsa India membuat coretan tentang Jemaah tabligh di Facebook miliknya mendapat perhatian netizen.

Doktor Lavennia Gayatri yang beragama Hindu menerusi Facebook miliknya berkongsi pengalamannya menjadi sebahagian daripada pasukan perubatan yang merawat pesakit koronavirus (Covid-19) yang dikuarantin daripada kluster jemaah tabligh.

Katanya, jemaah tabligh sangat positif dan selalu mengerjakan solat di samping membaca al-Quran sehingga khatam.

Menurutnya, jemaah tabligh itu juga tidak banyak mengadu tentang makanan yang disediakan di sana walaupun tidak dinafikan terdapat sesetengah pusat kuarantin menyediakan makanan kurang sedap selain dikatakan bersungguh-sungguh secara sukarela hadir membuat saringan.

“Sekarang di pusat kuarantin mereka tidak keluh nak itu nak ini. Mereka ikut sahaja. Kata mereka, doktor buatlah apa yang terbaik, kami ikut sahaja.

“Saya beragama Hindu dan saya rasa, saya perlu menulis tentang hal ini,” tambahnya.

Rata-rata komen netizen pula memuji perkongsian doktor tersebut kerana dianggap jujur berdasarkan apa yang dialaminya sendiri.

Artikel Berkaitan:

“Terima kasih doktor beri penjelasan positif kepada masyarakat di luar,” tulis Rafiq Sidek.

“Terima kasih doktor,” kata Vijaya Kumar King Viji.