'Sudah ada anak tapi tak tahu jaga kebersihan'

Video kiriman pengguna Facebook bernama Lee Perak
Video kiriman pengguna Facebook bernama Lee Perak
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Video seorang anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) sedang menasihati warga asing supaya menjaga kebersihan tular di media sosial.

Dalam video dikongsikan pengguna Facebook bernama Lee Perak itu, anggota berkenaan dilihat sangat tenang ketika menasihati mereka menggunakan pembesar suara, sambil dikerumuni warga asing yang cukup ramai ketika itu.

“Awak semua sudah duduk sini lama, bertahun-tahun sudah ada anak tapi masih tidak tahu jaga kebersihan. Lepas makan, lepas minum, kenapa awak semua buang sahaja (merata).

“Kalau awak nak duduk sini, cari makan sini, ini tempat kena jaga bersih. Kalau di kampung awak pun awak tak buat ini macam (jaga kebersihan), kenapa di sini awak buat macam ni?” katanya.

Meskipun terlalu ramai warga asing yang mengerumuni penguat kuasa tersebut pada waktu itu, namun mereka hanya mengangguk dan menurut sahaja arahan yang diberikan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila kejadian itu dan di mana lokasi sebenar.

Artikel Berkaitan: