Budak 3 tahun maut dirogol bapa kandung

Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa mengadu rasa sakit luar biasa pada bahagian kemaluannya. Foto hiasan
Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa mengadu rasa sakit luar biasa pada bahagian kemaluannya. Foto hiasan
A
A
A

KOLAKA - Seorang lelaki tergamak merogol anak kandungnya sendiri yang berusia tiga tahun.

Pelaku dikenali sebagai R, 22, di Kabupaten Kolaka, Sulawesi Tenggara di Indonesia.

Siasatan awal mendapati tindakan itu didorong oleh tabiat buruknya yang kerap menonton kandungan tidak senonoh.

"Dia tidak berfikir panjang lalu memuaskan nafsu terhadap anaknya yang masih kecil," kata Wakil Kepala Polres Kolaka, Kompol Salman pada Khami

Pekerja lombong itu melakukan perbuatannya pada malam yang berbeza di rumah mereka.

Aksi melampau itu terbongkar selepas mangsa mengadu rasa sakit luar biasa pada bahagian kemaluannya.

Siasatan awal mendapati tindakan itu didorong oleh tabiat buruknya yang kerap menonton kandungan tidak senonoh. Foto Agensi
Siasatan awal mendapati tindakan itu didorong oleh tabiat buruknya yang kerap menonton kandungan tidak senonoh. Foto Agensi

Ahli keluarga kanak-kanak itu kemudiannya membawa mangsa ke Puskesmas untuk mendapatkan rawatan.

Artikel Berkaitan:

Malangnya, mangsa gagal diselamatkan dan meninggal dunia.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan kekerasan seksual pada tubuh mangsa.

Bukti yang dikumpulkan Tim Unit Reaksi Cepat (URC) Elang Bandit Satreskrim Polres Kolaka menunjukkan penglibatan bapa kandungnya.

Suspek kini ditahan di Mapolres Kolaka untuk membantu siasatan. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!