Tiada keperluan lanjut lesen Pukat Tunda Musim Tengkujuh

Che Abdullah (dua dari kanan) mendengar penerangan daripada wakil LKIM ketika mengadakan lawatan di LKIM Tok Bali.
Che Abdullah (dua dari kanan) mendengar penerangan daripada wakil LKIM ketika mengadakan lawatan di LKIM Tok Bali.
A
A
A

PASIR PUTEH - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menegaskan tiada keperluan untuk melanjutkan tempoh lesen Pukat Tunda Musim Tengkujuh (PTMT) bagi nelayan bot zon A.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, langkah itu bertepatan memandangkan bekalan ikan masih lagi mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) ketika ini.

"Kementerian berpandangan tiada keperluan untuk panjangkan lesen dan aktiviti menangkap ikan kerana ia sudah berjalan seperti biasa.

"Saya harap tiada pihak yang mahu mengambil kesempatan di atas perkara ini," katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali di sini hari ini bagi meninjau stok bekalan ikan.

Beliau berkata demikian mengulas permohonan Persatuan Nelayan Kawasan Tumpat (PNKT) sebelum ini yang merayu supaya kerajaan melanjutkan tempoh lesen PTMT bagi nelayan bot zon A.

Ini kerana kebanyakan lesen mereka sudah tamat 31 Mac lalu, sekali gus menyukarkan lebih 30 nelayan Zon A kerana mereka yang dibenarkan menggunakan pukat hanyut sahaja.

Nelayan Zon A terdiri daripada nelayan pesisir pantai.

Artikel Berkaitan: