Lakonan warga asing gagal kaburi pihak berkuasa

Antara warga asing yang ditahan.
Antara warga asing yang ditahan.
A
A
A

SERI KEMBANGAN - 'Berlakon' seperti pelanggan dengan harapan tidak dikenal pasti sebagai pekerja premis.

Taktik lapuk warga asing yang merupakan pekerja pasar borong itu bagaimanapun berjaya dikesan pihak berkuasa yang membuat pemeriksaan dan pemantauan rapi menerusi Ops Bersepadu di Pasar Borong Selangor, di sini, tengah malam tadi.

No Image Caption

Operasi kira-kira jam 12.30 tengah malam itu dijalankan Imigresen Putrajaya dengan bantuan daripada Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan serta kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.

Malah, terdapat segelintir warga asing ini yang cuba bersembunyi dan melarikan diri, namun tindakan itu hanya sia-sia.

Pengarah Bahagian Operasi, Siasatan Dan Pendakwaan Imigresen, M Saravana Kumar berkata, seramai 82 warga asing berusia lingkungan 20 hingga 40-an telah ditahan hasil pemeriksaan lebih 270 orang.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada warganegara Bangladesh, Myanmar, Sri Lanka, Indonesia, India dan Nepal.

"Selain itu, pemeriksaan juga mendapati seramai 124 warga asing adalah merupakan pemegang kad UNHCR," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang mengetuai operasi tersebut berkata, antara kesalahan yang dikenalpasti adalah salah guna pas, tinggal lebih masa dan tiada permit kerja.

Tambahnya, pihaknya menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung permasalahan Pati untuk tindakan lanjut.