X

Kindly register in order to view this article
!

Pemandu lori hina PM ditahan polis

Polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun selepas dipercayai memuat naik kenyataan menghina Perdana Menteri.
A
A

BANTING - Seorang lelaki ditahan polis semalam, selepas dipercayai memuat naik status menghina Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan kira-kira jam 6.30 petang di rumahnya di Kampung Sungai Kelambu, Banting.

"Penahanan suspek yang bekerja sebagai pemandu lori itu dibuat selepas polis menerima satu laporan daripada ketua kampung terbabit pada jam 2.20 petang.

"Pengadu dimaklumkan tentang kenyataan menghina Perdana Menteri yang dimuat naik suspek selepas menerima tangkap layar daripada rakannya menerusi aplikasi WhatsApp," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azizan
Azizan

Azizan berkata, selain itu, suspek terbabit juga disahkan positif dadah hasil ujian air kencing yang dilakukan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, lelaki terbabit dipercayai memuat naik kenyataan terbabit di Facebook miliknya dipercayai kerana sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi.

Antara perkataan biadab yang dimuat naik adalah 'mahu meludah dia' yang merujuk terhadap Perdana Menteri.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus