X

Kindly register in order to view this article
!

Musa Aman gagal dapat kebenaran jalani rawatan di luar negara

Tan Sri Musa Aman
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen yang membenarkan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mendapatkan pasport beliau bagi menjalani rawatan susulan di Singapura dan United Kingdom.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan pihak pendakwaan untuk menyemak keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob pada 7 Januari lalu.

Melalui penghakimannya, Mohamed Zaini berkata, Musa tidak menafikan mengalami masalah kesihatan termasuk masalah jantung namun tidak terdapat cadangan dikemukakan oleh tertuduh beliau hanya boleh dirawat di Singapura dan United Kingdom.

"Beban pembuktian terletak pada pihak responden bagi menunjukkan beliau perlu mendapatkan rawatan khusus yang tidak boleh didapati dalam negara,"katanya.

Mohamed Zaini berkata responden penyakit dialami responden boleh dirawat oleh doktor di negara ini.

Tambah beliau, secara faktanya, pasport tertuduh diarahkan untuk diserahkan ketika dibenarkan ikat jamin, menunjukkan beliau mempunyai risiko melarikan diri.

"Sehubungan itu terdapat keperluan untuk menyekat pergerakannya ke luar negara,"katanya.

Hakim itu berkata, beliau mendapati tiada alasan berkenaan dalam kes terbabit.

Katanya, mahkamah berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen gagal sepenuhnya menghargai fakta yang dikemukakan dan percaya perintah yang dibuat (oleh mahkamah sesyen) adalah tidak betul.

"Saya dengan ini mengetepikan perintah mahkamah (yang membenarkan tertuduh mendapatkan pasportnya sementara) ..Syarat jaminan dikekalkan," katanya.

Pada 5 November tahun lalu, Musa mengaku tidak bersalah atas 35 tuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di Sabah berjumlah AS$63,293,924 (RM263,460,962.313).

[ARTIKEL BERKAITAN: Musa Aman berjaya dapatkan pasport]


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!