Penghantar makanan bawa air ketum ditahan

Mohamed Mokhsein beramah mesra dengan pengunjung di Terminat Bersepadu Selatan, di sini, baru-baru ini.
Mohamed Mokhsein beramah mesra dengan pengunjung di Terminat Bersepadu Selatan, di sini, baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar makanan ditahan kerana didapati membawa sebotol air ketum semasa sekatan jalan raya di kawasan Bukit Jalil di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, lelaki yang menunggang motosikal itu ditahan kira-kira jam 8.45 pagi selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan menemui satu botol mengandungi cecair kehijauan disyaki air ketum seberat 500 milimeter di dalam bakul motosikalnya.

"Suspek berusia 32 tahun itu kemudian ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, dalam kesibukan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sentiasa komited dalam membanteras jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai supaya kekal berada di rumah dan patuh kepada arahan PKP serta tidak mengambil kesempatan dan terlibat dengan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah atau dadah diminta untuk menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Hotline Polis Daerah Cheras di talian 03-92845050/5051 atau menghubungi mana–mana balai polis berdekatan," katanya.

Artikel Berkaitan: