'Kami hanya mahu mereka ada asas pendidikan' - Cikgu sekolah Rohingya

Kanak-kanak Rohingya sedang mengikuti pembelajaran di sekolah Rohingya di Tongkang Yard, Alor Setar.
Kanak-kanak Rohingya sedang mengikuti pembelajaran di sekolah Rohingya di Tongkang Yard, Alor Setar.
A
A
A

ALOR SETAR – Kewujudan sekolah komuniti Rohingya di beberapa lokasi di Kedah bertujuan bagi memastikan kanak-kanak pelarian itu tidak tercicir daripada mendapat pendidikan asas.

Seorang guru yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu berkata, sekolah yang beroperasi di Tongkang Yard di sini diwujudkan sebagai ruang pembelajaran untuk anak-anak Rohingya yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan formal.

Menurutnya, sekolah berkenaan kini mempunyai kira-kira 40 murid berusia antara enam hingga 12 tahun dengan hanya dua tenaga pengajar yang mengendalikan sesi pembelajaran.

Kanak-kanak Rohingya sedang mengikuti pengajian al-Quran di sekolah Rohingya di Tongkang Yard, Alor Setar.
Kanak-kanak Rohingya sedang mengikuti pengajian al-Quran di sekolah Rohingya di Tongkang Yard, Alor Setar.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya akui salah, tapi jangan sebar fitnah' - Anak pemilik tanah jelas isu penempatan Rohingya

Pemilik bangunan robohkan penempatan Rohingya di Hulu Langat

BAM, GEGAR kemuka enam cadangan urus isu pelarian kepada kerajaan

Flat Rohingya lengang

Artikel Berkaitan:

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya - Belia 4B Kedah

KDN, Imigresen buat pengumpulan data biometrik, maklumat pelarian

Antara mata pelajaran yang diajar di Sekolah Rohingya ialah Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni serta pengajian al-Quran.
Antara mata pelajaran yang diajar di Sekolah Rohingya ialah Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni serta pengajian al-Quran.

“Saya dan seorang lagi guru warganegara Myanmar mengajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Seni dan mengaji al-Quran.

“Sekolah ini bertujuan memastikan kanak-kanak ini mendapat pendidikan asas dan tidak menghabiskan masa tanpa aktiviti yang bermanfaat, tidak melepak mana-mana tempat,” katanya pada Ahad.

Jelas Ayu, yuran dikenakan antara RM100 hingga RM120 sebulan bagi seorang pelajar dan digunakan bagi menampung kos operasi termasuk sewa premis.

Ayu berkata, pendapatan sebagai guru di sekolah itu juga diperolehi daripada yuran-yuran pelajar Rohingya.

Menurutnya, rumah yang dijadikan sekolah itu pula disewa pada kadar RM500 sebulan.

Ayu yang telah mengajar komuniti Rohingya sejak 15 tahun lalu dan kini membantu mengendalikan sekolah tersebut yang mula beroperasi pada 2023.

Sementara itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah mendakwa terdapat kira-kira 70 sekolah komuniti Rohingya yang beroperasi di seluruh negeri ini tanpa mengikuti silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sekolah Rohingya di sebuah taman di Tongkang Yard di Alor Setar beroperasi di premis sewaan dan agak tersorok sehingga ramai penduduk setempat tidak mengetahui kewujudannya.
Sekolah Rohingya di sebuah taman di Tongkang Yard di Alor Setar beroperasi di premis sewaan dan agak tersorok sehingga ramai penduduk setempat tidak mengetahui kewujudannya.

Timbalan Pengerusi GPMS Kedah, Amirul Syahir Musa berkata, anggaran tersebut berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada komuniti setempat yang menuntut perkara berkenaan turut diberikan perhatian serius oleh kerajaan.

Menurutnya, sekolah-sekolah berkenaan terbabit tidak berdaftar dengan pihak berkuasa pendidikan dan tidak menggunakan silibus rasmi KPM sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai pemantauan terhadap kandungan pembelajaran yang diajar.

“Kita tidak tahu apa yang sebenarnya diajar di ‘sekolah-sekolah Rohingya’ ini. Dalam sistem pendidikan negara, pelajar didedahkan dengan nilai patriotisme dan jati diri.

“Apabila silibus yang digunakan tidak diketahui, kita bimbang terdapat elemen tertentu yang tidak dipantau,” katanya.

Jelasnya, hasil pertanyaan terhadap dua pengajar tersebut mendapati sekolah terbabit tidak berdaftar dengan pihak berkuasa pendidikan.

“Jika mahu membuka sebuah sekolah, perlu ada prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan KPM. Tidak kira bangsa apa sekali pun, sekolah perlu mematuhi peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa,” ujarnya.

Amirul Syahir berkata, GPMS Kedah tidak berniat menafikan hak pendidikan mana-mana pihak, namun menegaskan aspek pematuhan undang-undang dan pemantauan kandungan pembelajaran tidak boleh dipandang ringan.

Beliau mendakwa pihaknya menerima maklumat mengenai kewujudan kira-kira sembilan sekolah komuniti Rohingya di sekitar Alor Setar termasuk di Kampung Berjaya, Jalan Gangsa dan Shahab Perdana.

Manakala di seluruh Kedah pula dianggarkan terdapat kira-kira 70 buah sekolah Rohingya dan banyak tertumpu di bandar utama seperti Alor Setar dan Sungai Petani.

“Sekolah-sekolah ini kebanyakannya beroperasi di premis sewaan dan agak tersorok sehingga ramai penduduk setempat tidak mengetahui kewujudannya,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya akui salah, tapi jangan sebar fitnah' - Anak pemilik tanah jelas isu penempatan Rohingya

Pemilik bangunan robohkan penempatan Rohingya di Hulu Langat

BAM, GEGAR kemuka enam cadangan urus isu pelarian kepada kerajaan

Flat Rohingya lengang

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya - Belia 4B Kedah

KDN, Imigresen buat pengumpulan data biometrik, maklumat pelarian

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!