Ibu Ahli Parlimen Tenggara meninggal dunia

 Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2 pagi
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2 pagi
A
A
A

KOTA TINGGI – Ibu kepada Ahli Parlimen Tenggara yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Manndzri Nasib, meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, pada Sabtu.

Allahyarhamah, Ngainon Kasmoin, 80, meninggalkan lima orang anak termasuk Manndzri yang merupakan anak bongsu.

Difahamkan, Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2 pagi di hospital berkenaan.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Penggeli Timur, di sini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!