AS mahu beli Kepulauan Chagos

WASHINGTON - Rumah Putih sedang mempertimbangkan rancangan untuk membeli Kepulauan Chagos daripada Mauritius, menurut akhbar The Telegraph pada Ahad.
Laporan itu menyebut pegawai Amerika Syarikat (AS) telah merangka pelan bagi melangkaui Britain dan memeterai perjanjian sendiri untuk mengambil alih kawalan ke atas Diego Garcia.
Cadangan tersebut merupakan antara beberapa pilihan yang sedang disediakan oleh Rumah Putih sebagai alternatif kepada rancangan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer untuk menyerahkan kedaulatan kepulauan di Lautan Hindi itu kepada Port Louis.
"Presiden Donald Trump tetap mempertahankan keputusannya.
"Kedudukan strategik Diego Garcia di Lautan Hindi menjadikannya aset ketenteraan yang penting dan tidak boleh diganti dalam aspek keselamatan negara AS," menurut pegawai di Washington dalam satu kenyataan.
Pada April lalu, London menangguhkan perjanjian untuk menyerahkan kedaulatan Kepulauan Chagos yang menempatkan pangkalan udara bersama AS-Britain di Diego Garcia selepas dikritik Trump.
Diego Garcia merupakan aset ketenteraan kritikal bagi Britain dan AS yang telah melindungi keselamatan bersama kedua-dua negara selama hampir enam dekad. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

