10 perang paling mahal

Perang Dunia Kedua (1939-1945).
Perang Dunia Kedua (1939-1945).
A
A
A

PEPERANGAN sering diingati kerana kemusnahan, pertumpahan darah dan jutaan nyawa yang terkorban.

Namun, di sebalik setiap konflik bersenjata, terdapat satu lagi harga yang terpaksa dibayar iaitu kos ekonomi yang sangat besar.

Dari perbelanjaan ketenteraan, pembinaan semula infrastruktur hingga kehilangan hasil ekonomi, ada peperangan yang menelan kos sehingga trilion dolar.

Sejarah membuktikan peperangan boleh menjadi lubang hitam ekonomi. Tidak hairanlah konflik-konflik ini dikenang sebagai antara peperangan paling mahal pernah direkodkan.

1. Perang Dunia Kedua (1939-1945)

  • Anggaran kos ikut nilai semasa: AS$4–6 trilion (RM16-24 trilion).
  • Perang ini adalah yang paling mahal dalam sejarah manusia kerana ia melibatkan seluruh dunia.
  • Hampir semua ekonomi utama dunia ketika itu dialihkan sepenuhnya kepada industri perang dengan kilang menghasilkan senjata, kapal dan pesawat tanpa henti.
  • Banyak bandar besar seperti di Jerman dan Jepun musnah teruk akibat pengeboman besar-besaran.
  • Kosnya bukan hanya semasa perang, tetapi juga selepas perang apabila dunia terpaksa membina semula ekonomi global dengan pakej bantuan dan pemulihan seperti Marshall Plan.

Perang Afghanistan (2001-2021).
Perang Afghanistan (2001-2021).

2. Perang Afghanistan (2001-2021)

  • Anggaran kos (AS sahaja): AS$2.3–2.6 trilion (RM9.3-10.5 trilion).
  • Tragedi 11/9 mencetuskan operasi berskala besar dilancarkan AS untuk memerangi gerakan Taliban.
  • Walaupun skala pertempuran tidak sebesar perang dunia, kosnya menjadi sangat tinggi kerana tempoh yang panjang.
  • Sebahagian besar perbelanjaan datang daripada operasi ketenteraan, pembinaan semula Afghanistan, latihan pasukan tempatan dan juga kos seperti rawatan serta pampasan veteran.

Artikel Berkaitan:

Perang Iraq (2003-2011).
Perang Iraq (2003-2011).

3. Perang Iraq (2003-2011)

  • Anggaran kos: AS$2–3 trilion (RM8-12 trilion).
  • Ia bermula dengan kempen pencerobohan ke atas Baghdad untuk menggulingkan pemimpin diktator, Saddam Hussein.
  • Konflik itu kemudiannya berubah menjadi perang gerila yang panjang dan kompleks.
  • Kos meningkat bukan sahaja kerana operasi ketenteraan, tetapi juga kerana ketidakstabilan yang berpanjangan hingga menjejaskan usaha membina semula negara itu.
  • Tambahan pula, kos penjagaan veteran dan kesan ekonomi jangka panjang turut menjadikan jumlah keseluruhan sangat besar.

Perang Dunia Pertama (1914-1918).
Perang Dunia Pertama (1914-1918).

4. Perang Dunia Pertama (1914-1918)

  • Anggaran kos ikut nilai semasa: AS$1–2 trilion (RM4.03-8.06 trilion).
  • Ia sering dikaitkan dengan istilah 'perang parit' kerana sebahagian besar pertempuran di Barisan Hadapan Barat berlaku dalam sistem parit yang panjang dan kompleks.
  • Beberapa empayar besar dunia turut runtuh akibat kekalahan perang, revolusi dan pergolakan politik.
  • Walaupun teknologi tidak secanggih Perang Dunia Kedua, tempoh perang dan skala kemusnahan ekonomi Eropah menjadikannya antara yang paling mahal dalam sejarah.

Perang Vietnam(1955-1975).
Perang Vietnam(1955-1975).

5. Perang Vietnam(1955-1975)

  • Anggaran kos ikut nilai semasa: Kira-kira AS$1 trilion (RM4.03 trilion).
  • Konflik panjang di Asia Tenggara ini melibatkan AS. Kos yang tinggi berpunca daripada operasi ketenteraan berterusan di kawasan hutan, penggunaan bom udara besar-besaran dan sokongan kepada Vietnam Selatan.
  • Selain kos kewangan, perang ini juga memberi kesan besar kepada rakyat Amerika sendiri melalui protes besar-besaran dan trauma veteran yang berpanjangan.

Perang Korea (1950-1953).
Perang Korea (1950-1953).

6. Perang Korea (1950-1953)

  • Anggaran kos: AS$400–600 bilion (RM1.6-2.4 trilion).
  • Peperangan ini berlaku dengan cepat, tetapi sangat intensif. Ia melibatkan Korea Utara, Korea Selatan, AS, China, dan sokongan PBB.
  • Walaupun konflik itu berlarutan selama tiga tahun, ia tetap menelan kos yang tinggi kerana mobilisasi tentera besar-besaran dan kemusnahan besar di Semenanjung Korea.

 Perang Saudara Amerika (1861-1865).
Perang Saudara Amerika (1861-1865).

7. Perang Saudara Amerika (1861-1865)

  • Anggaran kos ikut nilai semasa: Kira-kira AS$2 trilion (RM8.06 trilion).
  • Ia menjadi konflik paling berdarah dalam sejarah Amerika Syarikat dan memainkan peranan penting dalam menamatkan amalan perhambaan di negara itu.
  • Peperangan tersebut bukan sahaja melumpuhkan ekonomi negeri-negeri Selatan dan meragut ratusan ribu nyawa malah turut mengubah landskap sosial Amerika secara menyeluruh.

Perang Teluk (1990-1991).
Perang Teluk (1990-1991).

8. Perang Teluk (1990-1991)

  • Anggaran kos: AS$100–150 bilion (RM402-604 bilion).
  • Perang ini berlaku untuk membebaskan Kuwait daripada kempen pencerobohan Iraq.
  • Walaupun tempohnya singkat, kosnya tetap melonjak kerana penggunaan teknologi ketenteraan moden seperti serangan udara tepat dan sistem senjata canggih.
  • Operasi ini juga melibatkan gabungan banyak negara, sekali gus menelan kos yang tinggi dari segi logistik.

Perang Saudara Syria (2011 hingga kini).
Perang Saudara Syria (2011 hingga kini).

9. Perang Saudara Syria (2011 hingga kini)

  • Anggaran kos kerugian: AS$1 trilion (RM4.03 trilion).
  • Sengketa selama lebih sedekad ini bukan hanya melibatkan konflik tentera, tetapi juga krisis kemanusiaan yang dahsyat.
  • Banyak bandar utama musnah, jutaan rakyat terpaksa menjadi pelarian dan ekonomi negara runtuh.
  • Campur tangan kuasa asing juga menjadikan konflik tersebut lebih kompleks dan melibatkan peruntukan yang besar dari segi kesan keseluruhan hingga sukar untuk mengira kos tepat.

Perang Sepanyol- Amerika (April-Ogos 1898).
Perang Sepanyol- Amerika (April-Ogos 1898).

10. Perang Sepanyol- Amerika (April-Ogos 1898)

  • Anggaran kos ikut nilai semasa: AS$10–20 bilion (RM40-80 bilion).
  • Perang ini mungkin paling singkat, tetapi tetap penting dari segi geopolitik.
  • AS muncul sebagai kuasa global selepas konflik tersebut dengan memperoleh wilayah seperti Filipina, Puerto Rico dan pengaruh di Cuba.
  • Kosnya lebih kecil berbanding perang lain, namun ia tetap signifikan jika dikira mengikut nilai moden dan kesan jangka panjang terhadap keseimbangan kuasa dunia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!