'Alhamdulillah, terima kasih rakyat Malaysia' - Keluarga Jaslinda

Kegembiraan dan kelegaan jelas terpancar pada wajah ahli keluarga pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, ketika menyambut kepulangannya di Hospital Tapah malam ini selepas beliau ditemui selamat susulan kejadian ketika mendaki Gunung Batu Putih. Foto Bernama

A
A
A

IPOH - "Alhamdulillah, terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan Jaslinda.”

Demikian reaksi kakak kepada pendaki yang hilang, Jaslinda Saludin, 49, iaitu Jasima Saludin, 52, selepas adiknya ditemukan selamat berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, dekat Tapah, petang tadi.

Jasima ketika dihubungi Bernama berkata, beliau bersama suaminya kini dalam perjalanan ke Tapah bagi bertemu adiknya yang ditemukan selepas lebih dua minggu dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian Trans Spencer Chapman.

Jaslinda tiba di hospital kira-kira 9.20 malam untuk menjalani pemeriksaan lanjut selepas operasi mencari dan menyelamat berjaya menemukan beliau dalam keadaan selamat. - Foto Bernama
Jaslinda tiba di hospital kira-kira 9.20 malam untuk menjalani pemeriksaan lanjut selepas operasi mencari dan menyelamat berjaya menemukan beliau dalam keadaan selamat. - Foto Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'

Jaslinda sudah ditemui - Polis

Jaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba

'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda

Artikel Berkaitan:

'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda

'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - Jaslinda

Saya tahu orang rumah saya kuat - Suami Jaslinda

 Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, dibawa dari Kampung Lubuk Gaharu ke Hospital Tapah malam ini. Foto Bernama
Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, dibawa dari Kampung Lubuk Gaharu ke Hospital Tapah malam ini. Foto Bernama

"Saya pulang ke rumah di Kuala Lumpur semalam seketika untuk menguruskan hal keluarga. Tadi saya menerima panggilan daripada rakan-rakan dan mengetahui berita penemuan Jaslinda menerusi media sosial.

"Selepas mendapat berita itu, saya terus bergerak ke Tapah,” katanya.

Beliau berkata, perkara pertama yang ingin dilakukannya apabila bertemu Jaslinda adalah memastikan keadaan kesihatan adiknya berada dalam keadaan baik serta memberi ruang untuknya berehat dan bertenang.

"Saya mahu melihat keadaannya terlebih dahulu, sama ada dia sihat atau sebaliknya. Berdasarkan video yang saya lihat tadi, nampaknya dia berada dalam keadaan baik, alhamdulillah.

"Buat masa ini, saya tidak mahu bertanya apa-apa lagi. Biarlah dia berehat dan menenangkan diri terlebih dahulu.

Jaslinda ditemui selamat.
Jaslinda ditemui selamat.

"Apabila keadaan sudah sesuai, barulah kami akan bertanya mengenai apa yang berlaku sepanjang kehilangannya. Alhamdulillah, terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakannya serta pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan semua pihak yang membantu,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon memaklumkan Jaslinda ditemukan dalam keadaan selamat oleh seorang penduduk, Nazri Bah Eng, kira-kira 3 petang.

Ketika ini, proses membawa keluar mangsa sedang dijalankan sebelum dibawa ke Hospital Tapah bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Jaslinda ditemui penduduk Orang Asli di berhampiran sungai di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh di sini pada Sabtu.
Jaslinda ditemui penduduk Orang Asli di berhampiran sungai di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian bersama 13 pendaki lain dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) menerusi laluan Trans Spencer Chapman yang bermula pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki. Bagaimanapun, eksekutif rantaian bekalan di sebuah syarikat swasta itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak sebelum kali terakhir dilihat pada 24 Mei. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!