Hilang hampir seminggu dalam hutan, lelaki ditemui meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada Ahad lepas ditemukan maut di kawasan kebun berhampiran pusat rekreasi dan inap desa di Batu Kurau hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat Zakaria Shamsudin, 42, pada 12.19 tengah hari tadi.

Operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan Anak Kurau, Batu Kurau telah ditamatkan setelah tiada sebarang petunjuk baharu ditemui.
Operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan Anak Kurau, Batu Kurau telah ditamatkan setelah tiada sebarang petunjuk baharu ditemui.

"Polis mengesahkan mayat itu ialah individu yang dilaporkan hilang hampir seminggu lepas.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 1 Jun, Zakaria, orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Simpang 4, Anak Kurau kira-kira 4 petang Ahad lepas bersama-sama anak tirinya.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Mangsa dipercayai menuju ke kawasan belukar kira-kira 300 meter dari rumah dan dilaporkan hilang daripada pandangan ketika anak tirinya berhenti untuk mengikat tali kasut.

Sejurus menerima laporan, PDRM telah membuka operasi Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) seterusnya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung bagi melaksanakan operasi pencarian secara bersepadu melibatkan kawasan hutan dan sekitar lokasi terakhir mangsa dilihat.

Bagaimanapun operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan mangsa pada 2 Jun lalu setelah tiada sebarang petunjuk baharu ditemui. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!