Kilang perkakasan krom musnah terbakar

Sebuah kilang IKS yang menjalankan aktiviti pembuatan perkakasan krom di Kota Kemuning terbakar pada Jumaat.
Sebuah kilang IKS yang menjalankan aktiviti pembuatan perkakasan krom di Kota Kemuning terbakar pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM – Sebuah kilang perusahaan kecil dan sederhana (IKS) yang menjalankan aktiviti pembuatan perkakasan krom di Kota Kemuning di sini terbakar pada Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.21 pagi.

"Seramai 16 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta bantuan BBP Klang bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 10 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Anggota Bomba memadamkan kebakaran melibatkan kilang IKS di Kota Kemuning.
Anggota Bomba memadamkan kebakaran melibatkan kilang IKS di Kota Kemuning.

Ahmad Mukhlis berkata, jentera pertama tiba di lokasi pada jam 6.33 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah kilang membuat perkakasan krom.

“Anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah sekitar 90 peratus, api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7.05 pagi dan kerja-kerja pemadaman smasih dijalankan. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!