Kanak-kanak 5 tahun maut digilis kereta api mainan di taman rekreasi

Kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Mathuradas Mathur untuk mendapatkan rawatan.Gambar hiasan.
Kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Mathuradas Mathur untuk mendapatkan rawatan.Gambar hiasan.
A
A
A

JODHPUR – Kegembiraan sekeluarga yang berkunjung ke Taman Mandore di Rajasthan bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak perempuan maut selepas terjatuh dari sebuah kereta api mainan sebelum digilis dalam kejadian pada petang Ahad.

Mangsa dikenali sebagai Anayra, 5, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami dalam insiden tersebut.

Menurut laporan NDTV News, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang ketika mangsa bersama keluarganya menaiki kereta api mainan yang menjadi antara tarikan utama di lokasi pelancongan berkenaan.

Bapa mangsa, Mohammad Habib berkata, anaknya tercampak dari tempat duduk selepas pemandu kereta api itu menekan brek secara mengejut.

Menurutnya, penumpang yang menyedari kejadian itu segera menjerit meminta pengendali menghentikan kereta api berkenaan, namun kenderaan tersebut terus bergerak.

"Dalam keadaan kelam-kabut itu, salah satu roda kereta api terbabit dipercayai menggilis leher anak saya sebelum ia sempat dihentikan," katanya.

Dalam kejadian sama, anak saudara Habib iaitu Muskan, 20, turut mengalami kecederaan ketika cuba menyelamatkan mangsa.

Kedua-dua mereka kemudian dikejarkan ke Hospital Mathuradas Mathur untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, doktor mengesahkan Anayra telah meninggal dunia ketika tiba di hospital, manakala Muskan menerima rawatan lanjut akibat kecederaan yang dialaminya.

Artikel Berkaitan:

Habib turut mendakwa berlaku kecuaian di pihak pengendali kereta api mainan itu dan memaklumkan beliau pernah menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan perkhidmatan tersebut sebelum kejadian berlaku.

Namun menurutnya, kakitangan bertugas memberi jaminan bahawa kereta api berkenaan selamat digunakan oleh pengunjung.

Susulan laporan yang dibuat keluarga mangsa, polis telah membuka kertas siasatan terhadap pengendali perkhidmatan tersebut.

Ketua Balai Polis Mandore, Sheshkaran berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk aspek operasi dan pematuhan langkah keselamatan kereta api mainan di kawasan rekreasi itu.

Menurut beliau, tindakan lanjut akan diambil berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan.

end//

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!