Ahli politik jaga tutur kata, jangan salah guna kebebasan bersuara - Agong
01 Jun 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menitahkan semua pemimpin politik supaya sentiasa menjaga adab dan tutur kata serta berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.
Sultan Ibrahim bertitah, ahli politik tidak seharusnya mencetuskan sebarang provokasi terhadap isu sensitif terutama menjelang musim pilihan raya yang menjadi medan untuk menonjolkan diri bagi memikat hati rakyat.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SultanIbrahim #InstitusiDiraja #Politik
