Anak menangis melihat ayah ditahan polis

Sharul Lalli (kiri) ketika memberi nasihat kepada tiga beranak itu berhampiran Jeti Nelayan Pantai Siring,Serkam di sini, pagi tadi.
Sharul Lalli (kiri) ketika memberi nasihat kepada tiga beranak itu berhampiran Jeti Nelayan Pantai Siring,Serkam di sini, pagi tadi.
A
A
A

JASIN - Seorang budak lelaki menangis di hadapan Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Sharul Lalli Masduki selepas motosikal ditunggang ayahnya ditahan berhampiran Jeti Nelayan Pantai Siring, Serkam di sini, pagi tadi.

Ayahnya yang bekerja sebagai pemandu teksi menunggang motosikal itu manakala kanak-kanak berusia 10 tahun berkenaan bersama ibunya membonceng motosikal jenis Modenass Kriss tersebut difahamkan untuk membeli barangan keperluan sedangkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Murid tahun empat itu yang duduk di bahagian depan motosikal, dilihat mengalirkan air mata setelah Sharul Lalli menerangkan mengenai kompaun RM1,000 yang boleh dikenakan terhadap individu yang melanggar PKP kepada ayahnya.

"Sekarang adalah tempoh PKP. Bukan kami tak beri peluang untuk keluar beli barang, namun hanya seorang sahaja yang dibenarkan keluar," katanya.

Sharul Lalli kemudian mengarahkan ayah kanak-kanak itu berpatah balik dan menghantar keluarganya pulang ke rumah mereka di Pulai, Serkam.

"Awak sayang anak tak? Sayang isteri tak? Jangan mengulanginya dan awak pun tak dapat bekerja dalam tempoh PKP ini. Jadi, fikirkanlah jika kompaun ini dikenakan bagaimana awak hendak membayarnya," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, selain meminta anak-beranak itu pulang ke rumah, polis telah mengambil butiran lanjut mengenai mereka bagi memastikan perbuatan seperti itu tidak berulang.

Artikel Berkaitan: