Lima rakyat Malaysia ditahan cuba masuk Makkah tanpa permit haji

Mereka ditahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Foto Agensi
Mereka ditahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Foto Agensi
A
A
A

MAKKAH – Lima rakyat Malaysia ditahan pasukan keselamatan haji Arab Saudi baru-baru ini, selepas didapati cuba memasuki Makkah tanpa permit haji menerusi laluan tidak rasmi dan kawasan berbukit, lapor Saudi Gazette pada Selasa.

Menurut pihak berkuasa, kesemua mereka ditahan kerana melanggar peraturan haji selepas cuba memasuki kota suci itu melalui jalan tidak berturap dan laluan di kawasan lembah tanpa permit sah.

Tindakan undang-undang telah diambil terhadap semua individu terbabit.

Direktorat Jeneral Mujahideen Arab Saudi dalam satu kenyataan menggesa orang ramai mematuhi semua peraturan yang ditetapkan sepanjang musim haji 2026 serta bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan dan kelancaran urusan jemaah.

Pihak berkuasa turut menegaskan bahawa sebarang pelanggaran peraturan haji akan dikenakan tindakan undang-undang.

Orang ramai juga diminta melaporkan sebarang pelanggaran dengan menghubungi talian 911 di wilayah Makkah, Madinah, Riyadh dan Wilayah Timur, manakala talian 999 bagi kawasan lain di Arab Saudi. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!