Remaja putus kepala, van ditembusi tiang JKR dirempuh kereta hilang kawalan

Kejadian membabitkan dua buah kenderaan pada Selasa.
Kejadian membabitkan dua buah kenderaan pada Selasa.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – [DIKEMAS KINI] Seorang remaja dipercayai putus kepala manakala dua individu lain cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.36 petang itu, penumpang hadapan van, Wah Han Keong, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada jam 4.12 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Volkswagen Golf GTI dan sebuah van jenis Nissan Vanette.

"Siasatan mendapati kereta dipandu lelaki berusia 43 tahun itu sedang bergerak dari arah Bandar Kuala Terengganu menghala ke Muzium Losong.

Seorang individu disahkan meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pada Selasa
Seorang individu disahkan meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pada Selasa

"Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang JKR,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, akibat pelanggaran itu, kereta terbabit memasuki laluan bertentangan lalu merempuh van yang datang dari arah Taman Manir menghala ke Bandar Kuala Terengganu.

Artikel Berkaitan:

"Tiang JKR yang dilanggar turut terjatuh dan tertembus masuk ke dalam van sehingga terkena penumpang hadapan.

"Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Azli berkata, pemandu van berusia 49 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang menaiki kereta mengalami kecederaan ringan.

Katanya, empat lagi penumpang kereta termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!