Lima maut serangan sasar masjid di AS

SAN DIEGO - Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dalam kejadian serangan tembakan di sebuah kompleks masjid terbesar di selatan California, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.
Menurut polis, dua suspek remaja bersenjata berusia 17 dan 18 tahun turut ditemui mati dengan kesan tembakan di dalam sebuah kereta tidak jauh dari lokasi serangan di Pusat Islam San Diego tersebut.
“Salah seorang mangsa yang ditembak mati ialah pengawal keselamatan masjid tersebut dikenali sebagai Amin Abdullah. Tindakan pantasnya yang turut digelar sebagai ‘hero’ oleh komuniti setempat berjaya menghalang kejadian lebih buruk.
“Kami sedang menyiasat kes itu sebagai jenayah kebencian,” kata Ketua Polis, Scott Wahl.
Sementara itu, imam masjid tersebut, Taha Hassane berkata, kesemua staf, guru dan murid sekolah selamat.
“Kami tidak pernah berdepan tragedi seperti ini. Saya zahirkan solidariti kepada semua keluarga dalam komuniti di sini,” ujarnya.
Presiden Donald Trump dalam satu kenyataan pula menyifatkan serangan tembakan itu sebagai ‘situasi mengerikan’, manakala Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani mendakwa ia jelas berunsur Islamofobia. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

