Solskjaer sudah cukup bagus - Schmeichel

Solskjaer perlu diberi kepercayaan untuk mengemudia Manchester United
Solskjaer perlu diberi kepercayaan untuk mengemudia Manchester United
A
A
A

BEKAS penjaga gol Manchester United, Peter Schmeichel menilai The Red Devils tidak perlu merekrut pengendali baharu dan mahu Ole Gunnar Solskjaer terus diberikan kepercayaan mengemudi pasukan.

Menurutnya, Solskjaer sudah menunjukkan impak positif walaupun prestasi pasukan dilihat ada turun naik dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Solskjaer mengambil alih jawatan pengendali United daripada Jose Mourinho pada Disember 2018 dan meraih 40 kemenangan daripada 76 perlawanan.

Bahkan, United juga sedang berada di landasan terbaik dengan lapan kemenangan dan tiga seri dalam 11 perlawanan terakhir sebelum EPL ditangguhkan akibat wabak koronavirus (Covid-19) pada 13 Mac lalu.

"Saya fikir Solskjaer berkemampuan membimbing United. Seharusnya pengurusan kelab menilai dengan baik sumbangan beliau dan ini bukannya masa untuk merekrut pengendali yang memiliki reputasi besar.

"United sendiri telah mempunyai pengendali yang bagus dan itulah dia Solskjaer. Jadi, United tidak perlukan sesiapa lagi. Apa yang penting pasukan perlu memberikan peluang kepadanya," katanya.

Dalam pada itu, Schmeichel menuntut pengurusan pasukan supaya bersabar bagi membolehkan pengendali kelahiran Norway itu membentuk sebuah pasukan yang mantap.

"Saya tidak rasa dia (Solskjaer) diberikan skuad yang bagus. Untuk membentuk pemain yang berkualiti ia memakan masa dan kewangan yang banyak.

Artikel Berkaitan:

"Ada beberapa pemain sebelum ini yang pergi dan akan pergi. Solskjaer juga mendapatkan beberapa pemain yang bagus dan dia sedang ke arah menyediakan pasukan yang berkualiti.

"Jadi, saya menanti penuh sabar apa yang mahu dilakukannya. Saya tahu keupayaan Solskjaer apatah lagi dia juga memahami pasukan sebagai pemain dan pengurus," katanya.

United masih mempunyai peluang untuk meraih trofi musim ini iaitu dalam saingan Piala FA dan Liga Eropah.