Nasi untuk keluarga bertabur atas jalan

Foto dari Facebook Abu Fatih.
Foto dari Facebook Abu Fatih.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kejadian kemalangan yang menimpa seorang penunggang motosikal mengundang sebak netizen selepas melihat nasi yang dibawa pulang untuk keluarganya berterabur di atas jalan raya.

Dalam kejadian yang berlaku di Lebuhraya DUKE menghala ke Ampang, lelaki itu dibantu beberapa individu yang menghentikan kenderaan mereka.

Kejadian tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali Abu Fatih yang berada di tempat kejadian.

“Dalam perjalanan bantu abang ni kemalangan depan mata. Berterabur nasi yang dibeli untuk keluarga dia. Kita bantu apa yang mampu,” kata Abu Fatih.

Perkongsian yang mengundang rasa sedih dalam kalangan netizen itu dibanjiri dengan komen ucapan terima kasih kerana membantu mangsa.

“Terbaik ustaz,” kata Anas Abdullah.

“Mesti anak dia menanti makanan dari ayahnya kan,” kata Ummu Uwais.

Dalam perjalanan bantu brader ni kemalangan depan mata. Berterabur nasi yang dibeli untuk kelurga dia . Kita bantu apa yang mampu.

Artikel Berkaitan:

Posted by Abu Fatih on Monday, April 6, 2020