Jalil Hamid meninggal dunia

Jalil Hamid dilaporkan meninggal dunia sekitar tengah hari tadi.
Jalil Hamid dilaporkan meninggal dunia sekitar tengah hari tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pelakon veteran tanah air, Jalil Hamid dilaporkan meninggal dunia sekitar tengah hari tadi.

Berita sedih itu dikongsikan anaknya, Afiqah Jalil ketika dihubungi media sebentar tadi.

Menurut Afiqah, ayahnya berada di rumah sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari.

"Betul, ayah saya meninggal dunia jam 12.30 tengah hari tadi dalam tidur.

"Pagi tadi dia bangun untuk solat Subuh, kemudian tidur semula. Apabila mak cuba kejutkan tengah hari, dia sudah tidak sedarkan diri," katanya pada Isnin.

Menurut Afiqah, Allahyarham sebelum ini mempunyai masalah jantung.

Jenazah akan disolatkan di Masjid al-Munawwarah dan dikebumikan selepas Asar di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam.

Abdul Jalil Abdul Hamid, 69, merupakan seorang pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah, penerbit dan pengacara yang menceburi bidang seni sejak 1984.

Jalil yang popular dengan single berjudul Ayam dan Raya juga terlibat dalam penghasilan lebih 30 filem, 25 lagu dan 70 telefilem serta drama tempatan sepanjang pembabitannya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!