Keluarga Nurfisya mohon ruang, masih terkejut tragedi bunuh

Tinjauan di kediaman keluarga mangsa mendapati orang ramai terdiri daripada jiran dan saudara-mara hadir bagi memberi penghormatan serta menzahirkan sokongan kepada keluarga berkenaan.
Tinjauan di kediaman keluarga mangsa mendapati orang ramai terdiri daripada jiran dan saudara-mara hadir bagi memberi penghormatan serta menzahirkan sokongan kepada keluarga berkenaan.
A
A
A

KUALA KANGSAR – Ahli keluarga kepada mangsa bunuh, Nurfisya Zulkifly, 19, memohon agar diberikan ruang untuk bertenang selepas melalui detik sukar tragedi itu.

Bapa saudara mangsa berkata, mereka masih terkejut dan belum bersedia untuk berkongsi sebarang maklumat lanjut berikutan keadaan emosi yang belum stabil.

“Adik saya (ibu bapa mangsa), memang tak boleh terima lagi. Mereka tak mampu nak bercakap apa-apa.

“Jadi kami mohon beri ruang seketika untuk kami berehat dan bertenang,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui di kediaman keluarga di Kampung Batu Jarau, Karai di sini pada Sabtu.

Jenazah Nurfisya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Periang, Enggor sekitar jam 5.30 pagi pada Sabtu.
Jenazah Nurfisya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Periang, Enggor sekitar jam 5.30 pagi pada Sabtu.

Terdahulu, jenazah Nurfisya yang merupakan anak kedua daripada empat beradik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Periang, Enggor sekitar jam 5.30 pagi selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.

Tinjauan di kediaman keluarga mangsa mendapati orang ramai terdiri daripada jiran dan saudara-mara hadir bagi memberi penghormatan serta menzahirkan sokongan kepada keluarga berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di atas jalan di kawasan sawah padi.

Artikel Berkaitan:

Mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung kira-kira jam 12.30 malam pada Khamis.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 61 kesan tikaman pada badan, leher dan muka mangsa.

Polis mengklasifikasikan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!