X

Kindly register in order to view this article
!

MPK wajibkan penghantar makanan, 'runner' ada permit

Individu yang berhasrat menjalankan perniagaan penghantaran sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wajib mendapatkan permit.
A
A

KUANTAN - Individu yang berhasrat menjalankan perniagaan penghantaran sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wajib mendapatkan permit bagi tujuan mengawal keselamatan orang ramai.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal berkata, langkah itu bertujuan mengumpul rekod pekerja penghantaran, membantu memudahkan petugas keselamatan dan mendidik prosedur operasi standard (SOP) ketika membuat penghantaran.

Menurutnya, permit yang dikeluarkan dalam tempoh sebulan adalah percuma dan setakat semalam lapan pekerja penghantaran makanan dan barangan mendaftar permit itu.

Antara penghantar makanan dan barangan yang mendaftar permit dengan MPK.
Antara penghantar makanan dan barangan yang mendaftar permit dengan MPK.

"Mereka mahu menambah pendapatan lebih-lebih lagi pekerja kedai makan. Tetapi apabila semakin ramai yang melakukannya perlu ada mekanisme bagi memantau pergerakan dan kontak mereka.

"Masyarakat perlu faham tidak semua sedar bahaya apabila berjumpa orang ramai yang kita tidak kenal dan tidak tahu sejarah kontak mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, antara faktor MPK meluluskan permit supaya mendidik penghantar berkenaan mengenai kaedah yang selamat untuk berurusan dengan pelanggan.

Norkamawati memberitahu, permit tersebut juga memudahkan pihak berkuasa memantau pergerakan dan kontak mereka sekiranya didapati positif pandemik Covid-19.

Mereka yang tidak mempunyai permit juga boleh diarahkan pulang oleh petugas keselamatan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus