MPM turun padang bantu atlet Para

No Image Caption
A
A
A

Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) tampil proaktif membantu barisan atlet Para negara apabila mengedarkan Healthcare Kit MPM kepada kira-kira 60 atletnya yang tinggal di sekitar Lembah Klang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, inisiatif itu diperkenalkan selepas memikirkan ia antara bentuk bantuan yang boleh disalurkan MPM kepada atlet Para dan sebagai tanda pihaknya sentiasa menitikberatkan soal kebajikan atlet.

Megat D Shahriman
Megat D Shahriman

Katanya, pihaknya turut yakin Healthcare Kit terdiri daripada set perlindungan diri yang mengandungi vitamin C, pensanitasi tangan dan topeng muka dapat membantu barisan atlet Para yang berdepan kesukaran untuk mendapatkan stok topeng muka di pasaran ketika ini.

“Pada hari ini pihak MPM amat bersyukur kerana dapat menyerahkan sumbangan Healthcare Kit kepada atlet dan jurulatih yang telah berada di rumah sepanjang tempoh PKP, harapan kami semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu atlet untuk menjaga kesihatan dan mempunyai perlindungan asas yang sewajarnya.

“Saya mendengar keluhan ada antara atlet Para berdepan kesukaran untuk keluar sendirian membeli barangan asas seperti pensanitasi tangan dan topeng muka, atas sebab itu saya terpanggil menyerahkan Healthcare Kit ini kepada atlet Para," katanya.

Artikel Berkaitan: