MEDAC perkenal mekanisme lancarkan bantuan Prihatin kepada usahawan

Wan Junaidi
Wan Junaidi
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mengenal pasti mekanisme untuk pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang memberi fokus kepada usahawan perusahaan mikro, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memastikan pemberian insentif dapat dinikmati segera oleh usahawan terlibat.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebanyak empat mekanisme akan dilaksanakan oleh kementerian itu melalui Tekun Nasional.

“Pertama, pemohon hanya perlu mengemukakan satu bulan penyata kewangan dan mekanisme kedua ialah pemohon dalam senarai hitam Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Pendidikan (PTPTN) boleh dipertimbangkan.

“Seterusnya, usahawan yang belum berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) layak memohon. tetapi perlu berdaftar dengan SSM sebelum pinjaman disalurkan.

"Mereka boleh melihat maklumat lanjut dengan menghubungi hotline TEKUN: 03-9059 8888 atau layari laman sesawang www.tekun.gov.my,” katanya.

Menurutnya, pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam diharap dapat membantu usahawan meneruskan operasi mereka dalam tempoh yang sukar ini.

“Sejumlah RM200 juta telah disediakan bagi pembiayaan Skim Kredit Mikro untuk membantu aliran tunai perniagaan usahawan dengan pemansuhan kadar faedah dua peratus kepada 0 peratus,” katanya.

Artikel Berkaitan: